Pengikut dan Ex-smgrian

Friday, October 2, 2009

Mematuhi hak-hak jalan

Daripada Abi Said al-Khudri r.a., Rasulullah SAW bersabda:

"Hendaklah kamu mengelak daripada duduk-duduk di pinggir jalan".

Jawab sahabat-sahabat:

"Kami tiada tempat lain, hanya itulah tempat kami duduk-duduk dan berbual-bual".

Sabda Rasulullah SAW:

"Apabila kamu enggan kerana di situlah tempat duduk kamu, maka berilah hak-hak jalan".

Sahabat-sahabat bertanya:

"Apakah hak-hak jalan itu?"

Rasulullah SAW menjawab:

"Tutup matamu, jangan menyakiti, menjawab salam dan serulah kepada kebajikan serta mencegah kemungkaran".

(Riwayat Bukhari, Muslim dan Abu Daud)

Kesimpulan dan pengajaran

1. Larangan dan tegahan duduk di tepi jalan adalah bermaksud untuk menghalang daripada berlakunya sesuatu kemungkaran.

2. Apabila tidak ada tempat lain, dan terpaksa juga menggunakan tepi jalan, maka peraturan-peraturan dan hak-hak jalan mesti dipatuhi.

3. Hak jalan yang wajib dipelihara ialah memelihara mata daripada memandang yang ditegah, jangan menyakiti mereka yang lalu-lalang, menjawab salam dan menyeru kepada kebaikan serta mencegah daripada kemungkaran.

4. Hadis ini adalah petunjuk tentang bagaimana mewujudkan suasana aman dan damai dalam rangka menuju ke arah terciptanya sebuah masyarakat yang mulia, bekerjasama di dalam kebajikan dan berusaha mencegah kemungkaran.

Dipetik daripada buku 40 Hadis Pilihan yang disusun oleh Ustaz Hj. Abdullah Hj. Abd. Wahab

No comments: