Pengikut dan Ex-smgrian

Tuesday, October 13, 2009

Asal-usul Ipoh


Nama bandaraya Ipoh diambil sempena nama sejenis pokok dipanggil pokok Upas atau dikenali sebagai pokok Ipoh. Epu atau pokok Upas (Antiaris Toxarical) merupakan pokok yang boleh didapati dengan banyaknya di sekitar bandaraya Ipoh pada satu masa dahulu.

Pengenalan pokok Ipoh sebagai nama tempat boleh didapati dalam buku Perak and the Malays yang dikarang oleh J. F. McNair pada tahun 1878 dan pokok ini tergolong dalam spesies neltle serta boleh membesar sehingga beratus-ratus kaki tinggi.

Selain itu, Orang Asli pernah menggunakan getah daripada pokok Ipoh ini untuk menghasilkan peluru beracun bagi sumpitan mereka. Pokok Ipoh ini juga boleh didapati di Borneo, Sumatera, India dan Filipina. Kini pokok ini boleh didapati di Taman Stesen Keretapi Ipoh dan juga di Taman D.R. Seenivasagam, Ipoh.

Sumber: Sinar Harian

No comments: