Pengikut dan Ex-smgrian
Monday, August 3, 2009
Taman Gunung Lang
Gunung Lang terletak hanya lima kilometer dari bandar Ipoh adalah salah satu gunung batu kapur yang banyak terdapat di negeri Perak khususnya di Lembah Kinta.
Gunung Lang dijadikan kawasan rekreasi oleh Majlis Bandaraya Ipoh (MBI) dengan kerjasama Kementerian Pelancongan pada tahun 1999.
Taman ini dilengkapi dengan tiga buah tasik buatan dan bekas lombong bijih timah dan ia adalah tasik yang tenang membiru dipenuhi dengan pelbagai air tawar khususnya kelah, lampam, kap dan tilapia. Terdapat juga 85 spesies heliconia yang diimport khas daripada negara luar.
Dengan peruntukan sebanyak RM8.4 juta, Taman Gunung Lang kemudian dibangunkan melalui fasa pertama dan kedua sebagai taman rekreasi awam sepenuhnya pada tahun 1999 di bawah Rancangan Malaysia ke-7 (RMK7) oleh Jabatan Lanskap Negara.
Taman ini disediakan laluan pejalan kaki meliputi keseluruhan taman yang dilengkapi dengan menara pandang jauh, rumah tradisional Perak, dataran warisan, wakaf terapung, pergola, gerbang warisan, tandas dan surau.
Taman Rekreasi Gunung Lang turut menyediakan taman permainan kanak-kanak yang lengkap dan tapak perkhemahan.
Sumber: Sinar Harian
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment