Pengikut dan Ex-smgrian
Monday, August 3, 2009
Piala Malaysia
Piala Malaysia dianjurkan kali pertama pada tahun 1921. Ia adalah langkah susulan kepada lawatan kapal Inggeris HMS Malaya apabila kelasinya mengadakan perlawanan ragbi dan bolasepak persahabatan dengan penduduk tempatan bagi merebut Piala HMS Malaya yang disumbangkan oleh Kapten Buller. Pada tahun 1967, Piala Malaya ditukar nama kepada Piala Malaysia.
Sejarah tercatat pada tahun 1964 apabila Televisyen Malaysia menyiarkan secara lansung perlawanan akhir antara Singapura dan Perak buat kali pertama. Singapura menang 3-2 menerusi dua jaringan pada minit terakhir.
Pemain legenda Perak, Ng Boon Bee (gambar), muncul penjaring terbanyak dengan 10 gol pada tahun 1959, apabila membantu pasukannya melangkah ke perlawanan akhir. Boon Bee kemudiannya menjadi bintang badminton negara apabila membantu Malaysia memenangi Piala Thomas pada tahun 1967.
Perak muncul sebagai pasukan yang sentiasa mencatat rekod sebagai juara pertama.
Pada tahun 1957, Perak muncul juara pertama bagi perlawanan akhir yang pertama kali diadakan di Stadium Merdeka dengan menewaskan Selangor, 3-2.
Pada tahun 1967, Perak muncul juara pertama Piala Malaysia, menewaskan Singapura 2-1.
Perak turut muncul juara, apabila perlawanan akhir Piala Malaysia diadakan di Stadium Nasional, Bukit Jalil pada tahun 1998, dengan menewaskan Terengganu 5-3 menerusi sepakan penalti setelah kedudukan terikat 1-1. Penyerang Perak, V Saravanan pula mencatat nama sebagai penjaring gol pertama di stadium berkenaan apabila menjaringkan gol pembukaan perlawanan pada minit-minit akhir separuh masa pertama.
Perak juga mencatat rekod sebagai juara pertama, di abad ke-21, dengan menewaskan Negeri Sembilan, 2-0 hasil jaringan Khalid Jamlus dan V Saravanan pada perlawanan akhir tahun 2000.
Sumber: Sinar Harian
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment