Pengikut dan Ex-smgrian

Wednesday, July 8, 2009

Sekolah Menengah Kebangsaan Ahmad Boestamam

Sekolah Menengah Kebangsaan Ahmad Boestamam (imej dari smkab-gemilang.fotopages.com)

Sekolah ini yang terletak di Sitiawan mula dibuka pada 3 Jun 1972 dengan nama Sekolah Menengah Kebangsaan Sitiawan.

Semasa dibuka, sekolah ini hanya mempunyai dua bangunan merangkumi 12 bilik darjah, sebuah bengkel, sebuah asrama dan kantin.

Sekolah ini mula ditukar namanya kepada SMK Ahmad Boestamam pada 17 Januari 1984 selepas mendapat kelulusan daripada Kementerian Pelajaran Malaysia.

Nama Ahmad Boestamam diambil sempena nama seorang penulis dan ahli politik yang bernama Abdullah Sani Raja Kecil.

Kini selepas 37 tahun, sekolah ini mempunyai lima bangunan yang mempunyai 45 bilik darjah, enam makmal sains, sebuah bilik kaunseling, bilik Alat Pandang Dengar (APD) dan pusat sumber, tiga bilik Kemahiran Hidup, dewan sekolah, makmal komputer, tiga blok asrama, kantin, dewan makan asrama serta sebuah surau.

Sumber: Sinar Harian

No comments: