Pengikut dan Ex-smgrian

Wednesday, July 8, 2009

Kampung Gajah

Gelanggang Cup Prix yang terdapat di Kampung Gajah

Ramai orang luar yang keliru antara Kampung Gajah dengan Batu Gajah dan Alor Gajah. Alor Gajah terletak di negeri Melaka manakala Batu Gajah terletak di negeri Perak juga.

Ada beberapa versi munculnya nama Kampung Gajah ini, antaranya ialah ia mendapat nama kerana banyak gajah di hutan rimba berhampiran dengan Bukit Tunggal, Kampung Gajah.

Gajah-gajah ini berkeliaran mencari makanan seperti pokok pisang, umbut kelapa dan buah ketior.

Kampung Gajah mendapat nama daripada kesan tapak kaki gajah yang banyak dilihat di tepi-tepi sungai dan di dalam sawah-sawah padi.

Sebenarnya tapak kaki gajah itu adalah tapak kaki manusia yang menghidap penyakit untut. Sesiapa yang menghidap penyakit untut akan mendapati kaki dan tapak kaki menjadi besar dan menggerutu, ada bintil-bintil besar yang menjijikkan.

Penyakit untut berpunca dari nyamuk elefantiasis yang banyak terdapat di hutan paya Tropika. Jadi pasukan Siam yang hendak menyerang negeri Perak tidak jadi menyerang kerana takutkan banyaknya gajah di kawasan ini.

Kampung Gajah merupakan sebuah pekan yang sedang membangun. Secara umum, penduduk Kampung Gajah berbangsa Melayu, kurang bangsa Cina dan India seperti bandar lain.

Orang Cina ramai di sini sebelum kedatangan JWW Birch dan selepas itu berpindah ke tepian Sungai Perak. Orang Cina berniaga runcit, kedai emas, kedai membeli getah dan penoreh getah di sekitar Kampung Pasir Salak, Selat Pulau dan Kampung Cina di mukim Bandar.

Tetapi setelah terjadinya Perang Sabil di Sungai Manik, orang Cina berhijrah ke tempat lain seperti ke Teluk Intan, Chui Chak, Langkap dan Sitiawan.

Di sepanjang Sungai Perak di daerah Kampung Gajah ini terdapat kampung-kampung tua.

Kewujudan kampung ini boleh dilihat sebagai petanda betapa petempatan lama wujud di sini. Kewujudan kampung-kampung ini membuktikan bahawa daerah Kampung Gajah ini amat bersejarah di negeri Perak.

Sumber: Sinar Harian

No comments: