Pengikut dan Ex-smgrian

Thursday, July 23, 2009

Bukit Sejuk

Bukit Sejuk terletak kira-kira 12 kilometer dari Bandar Pengkalan Hulu iaitu sejauh 9 kilometer melalui jalan bertar dan 3 kilometer lagi melalui denai tinggalan pembalak.

Untuk sampai ke destinasi dari Pusat Bandar adalah melalui Kampung Kuak Luar dan seterusnya ke Kampung Kuak Hulu.

Selepas itu, pengunjung perlu melalui lot-lot individu sejauh 3 kilometer dan denai balak sejauh 3 kilometer lagi untuk sampai ke destinasi.

Bukit Sejuk adalah berada antara sempadan Perak (Pengkalan Hulu) dan Kedah (Baling).

Keistimewaannya ialah keadaan suhu yang sejuk dan alam semula jadi yang masih kekal.

Terdapat pelbagai tumbuhan melata, palma dan herba seperti pokok kacip fatimah.

Sumber: Sinar Harian

No comments: