Sultan Azlan Muhibbuddin Shah ibni Almarhum Sultan Yusuff Izzuddin Shah Ghafarullahulahu Shah melawat Beting Beras Basah selepas ditabalkan (imej dari pembawarotan.blogspot.com)
Beting Beras Basah yang terletak di Bagan Datoh, Perak berhampiran dengan muara Sungai Perak.
Beting ini adalah kawasan pantai pasir yang kadangkala timbul dan kadangkala tenggelam apabila air pasang berlaku.
Beting Beras Basah dikaitkan dengan Sultan Perak yang pertama menjejakkan kaki di sini.
Setiap kali pertabalan Sultan Perak, Sultan tersebut mestilah menghilir Sungai Perak dari Kuala Kangsar sehingga ke Beting Beras Basah.
Sumber: Sinar Harian
No comments:
Post a Comment