Pengikut dan Ex-smgrian

Thursday, June 4, 2009

Skim Pinjaman Buku Berkelompok (SPBK)


SPBK menyediakan pinjaman buku kepada institusi bukan kerajaan yang memerlukan bahan bacaan untuk menjalankan kegiatannya. Persatuan Belia Berdaftar, Jawatankuasa Surau/Masjid, badan sosial dan kebajikan boleh memilih bahan bacaan di dalam jumlah yang besar untuk satu jangka masa yang ditentukan.

Syarat-syarat untuk memohon SPBK
  1. Organisasi perkhidmatan skim terdiri daripada kelolaan Jabatan Kerajaan, organisasi sukarela atau organisasi rasmi berdaftar.
  2. Skim ditawarkan kepada perkhidmatan pembaca awam yang mempunyai koleksi asas bahan bacaan yang dikendalikan dalam sistem.
  3. Perkhidmatan pembacaan awam perlu mempunyai ruang koleksi, kelengkapan perabot serta peralatan bagi menyimpan bahan bacaan.
  4. Organisasi perkhidmatan skim bertanggungjawab di atas kesempurnaan dan keselamatan koleksi serta segala kehilangan dan kerosakan koleksi yang dipinjamkan.
  5. Organisasi perkhidmatan skim bertanggungjawab menyediakan program dari semasa ke semasa bagi tujuan galakan penggunaan perkhidmatan pembacaan awam.
Organisasi yang berminat perlu memohon dan mengisi 'Borang Skim Pinjaman Buku Berkelompok' dalam dua salinan.

Kelulusan diberikan kepada organisasi yang memenuhi syarat-syarat kelayakan skim seperti di (A).

Organisasi yang bertanggungjawab di atas kesempurnaan bahan bacaan akibat bencana alam ataupun kecuaian perlu diganti atas kadar harga buku ditambah RM3 kos pemprosesan bagi setiap buku.

Denda dikenakan atas kelewatan pemulangan koleksi yang dipinjam dengan kadar RM5 sehari.

Pengangkutan bagi mengambil serta memulangkan koleksi bahan bacaan yang dipinjam adalah tanggungjawab organisasi tersebut.

Pakej pinjaman koleksi bahan bacaan adalah berjumlah 500 naskhah untuk setiap bulan.

Kemudahan skim bagi sesebuah perkhidmatan boleh ditamatkan pada bila-bila masa atau ditarik semula oleh Perbadanan Perpustakaan Awam Negeri Perak atau terbatal dengan serta merta jika organisasi tersebut didapati melanggar mana-mana syarat kelayakan skim atau mana-mana syarat dalam permohonan.

Sumber: Sinar Harian

No comments: