Pengikut dan Ex-smgrian

Friday, June 5, 2009

Muzium Herba Negara

Muzium Herba Negara terletak di Kampung Kepayang, satu kilometer dari Simpang Pulai di persimpangan Jalan Gopeng - Batu Gajah. Taman seluas lebih kurang 22 hektar itu terdiri daripada Laman Perubatan, Laman Aromaterapi, Laman Kosmetik, Laman Rempah Ratus, Laman Ulaman, Laman Warisan 1 dan Laman Warisan 2 memelihara melebihi 580 spesies tumbuhan herba serba guna. Tumbuh-tumbuhan itu pula dibahagikan kepada empat jenis mengikut apa yang ditetapkan iaitu Herba Permata, Herba Ajaib, Haruman Segar dan Sesedap Rasa. Taman Herba itu mempunyai tiga kolam bekas lombong seluas 14 hektar dengan lapan hektar kawasan tanaman pelbagai herba. Tanaman ini dijadikan muzium tanaman herba yang menyediakan maklumat dan pengunjung boleh mencuba khasiat daripada tanamannya apabila melawat tanaman terbabit. Pelawat juga boleh menggunakan kemudahan di taman ini sebagai pusat sumber atau aktiviti riadah seperti memancing di tasik dan menikmati alam semula jadi yang indah serta menyegarkan.

Herba Permata

- Mas cotek
- Jerangau
- Rempah padang
- Kacip Fatimah
- Serai wangi
- Legundi

Herba Ajaib

- Tongkat Ali
- Hempedu bumi
- Temu
- Mengkudu
- Misai kucing

Haruman Segar

- Nilam
- Kayu manis
- Melur
- Kenanga
- Cempaka

Sesedap Rasa

- Pegaga
- Kemangi
- Lengkuas
- Cekur
- Serai
- Kantan
- Pudina
- All spice.

Sumber: Sinar Harian

No comments: