Pengikut dan Ex-smgrian
Tuesday, June 9, 2009
Teluk Intan
Nama Teluk Mak Intan diambil daripada seorang janda yang dikatakan mempunyai paras rupa yang cantik iaitu Mak Intan. Beliau adalah seorang saudagar yang berasal dari Mandahiling, Sumatera.
Beliau adalah peneroka yang membuka Teluk Intan di sekitar awal abad ke-19. Pada waktu itu, kawasan yang diterokai oleh Mak Intan dikenali sebagai Pekan Mak Intan.
Berikutan penerokaan ini, ramailah orang seberang berketurunan Jawa, Rawa, Mandahiling, Minangkabau, Kampar dan kemudian India-Bombay datang mendiami kawasan yang baru diterokai itu, kebanyakan daripada mereka adalah para petani dan pedagang barangan tradisi seperti rempah ratus, kain, inggu, kacip, parang dan sebagainya.
Berkuatkuasa 1 Januari 1982, bandar ini ditukar nama dari Teluk Anson kepada Teluk Intan.
Ketika Raja Iskandar Ibni Almarhum Sultan Idris menjadi Sultan Perak (1918 hingga 1938), Teluk Intan ketika itu secara rasmi ditetapkan sebagai Bandar DiRaja iaitu tempat Raja Muda bersemayam.
Raja Muda ke-2 ialah Raja Yusuf Ibni Almarhum Sultan Abdul Aziz dan kemudian ialah Raja Idris Ibni Almarhum Sultan Iskandar.
Raja Muda ke-4 yang bersemayam di kawasan itu ialah Raja Musa Ibni Almarhum Sultan Abdul Aziz dan yang ke-5 ialah Raja Nazrin Shah Ibni Sultan Azlan Shah.
Kehadiran Raja Muda di Teluk Intan ketika itu menaikkan status bandar itu dengan wujudnya pelbagai bentuk pembangunan dan pembinaan bangunan-bangunan baru yang diperbuat daripada batu-bata.
Sumber: Sinar Harian
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment