Masjid Daerah Perak Tengah Seri Iskandar (imej dari mymasjid.photo-digital.org)
Daerah Perak Tengah ditubuhkan pada 1 Januari 1976 dengan percantuman dua daerah kecil iaitu Parit yang dahulunya dalam daerah Kuala Kangsar dan Kampung Gajah dalam daerah Hilir Perak.
Perak Tengah terbentuk melalui perubahan pentadbiran kerajaan tempatan.
Daerah Perak Tengah ditubuhkan pada 1 Januari 1976 dengan percantuman dua daerah kecil iaitu Parit yang dahulunya dalam daerah Kuala Kangsar dan Kampung Gajah dalam daerah Hilir Perak.
Ia bersempadan dengan daerah Kuala Kangsar sebelah selatan, daerah Kinta sebelah timur dan daerah Manjong sebelah barat.
Daerah ini meliputi kawasan seluas kira-kira 12,205 hektar yang merangkumi 11 mukim. Ia terletak di bahagian tengah negeri Perak.
Bentuknya memanjang dari utara ke selatan dengan Sungai Perak mengalir di bahagian tengah membahagikan kepada dua bahagian. Kira-kira 80 peratus kawasan daerah adalah tanah rata dan rendah. Cuma terdapat beberapa bahagian sahaja yang berbukit-bukau.
Bukit Tunggal 193.5 meter di atas aras laut adalah puncak tertinggi dalam daerah.
Selain Sungai Perak, daerah ini juga dialirkan tiga anak sungai iaitu Sungai Kinta, Tumbuh dan Pelus.
Majlis Daerah Perak Tengah ditubuhkan pada 1 Disember 1979 iaitu setelah diluluskan penubuhannya oleh Majlis Mesyuarat Kerajaan dalam perjumpaan Bil.936 bertarikh 20 November 1979.
Penubuhan Majlis Daerah Perak Tengah ini selaras dengan penyusunan semula penguasa tempatan seluruh Malaysia.
Dengan tertubuhnya Majlis Daerah Perak Tengah ini, maka terhapuslah dua penguasa tempatan yang wujud sebelum ini iaitu Lembaga Pengurus Kerajaan Tempatan di Parit dan Lembaga Pengurus Kerajaan Tempatan Luar Bandar.
Dengan kenaikan taraf menjadi Majlis Daerah Perak Tengah, maka kawasan itu adalah jauh lebih luas iaitu 9,308 hektar. Kawasan adopsi seluas 5,978 hektar, kawasan operasi seluas 3,330 hektar.
Kawasan pentadbiran Perak Tengah adalah Parit, Kampung Buluh Akar, Tanjong Belanja, Bota Kanan, Seri Iskandar, Titi Gantung dan Kampung Gajah.
Sumber: Sinar Harian
No comments:
Post a Comment