Pengikut dan Ex-smgrian

Sunday, May 3, 2009

Panorama Terengganu

Hai, saya Zul, saya nak ceritakan pengalaman saya melawat Terengganu. Sekolah ibu ada membuat lawatan ke Terengganu di samping aktiviti mencandat sotong anjuran kelab guru.


Kami tiba di Terengganu pukul 6 pagi. Ayah solat subuh di Masjid Terapung Kuala Terengganu.



Kami bersarapan di restoran Nasi Dagang Mak Ngah. Ayah makan nasi dagang dan minum kopi O. Restoran ini terkenal di bandar Kuala Terengganu dan pernah mendapat liputan dalam Majalah 3 dan program Jalan-jalan Cari Makan.


Kami menginap di Saudagar Resort. Resort ni murah, cuma RM70 untuk satu malam dan sesuai bagi mereka yang suka memancing dan mencandat sotong untuk menginap di sini.

Di sebelah resort ini terdapat kedai menjual kain batik.

Ini gambar ibu yang kontrol ayu.


Ini gambar saya dengan seekor ikan yang terdapat di resort ini. Pada badan ikan ini terdapat corak seolah-olah kaligrafi Arab.

Itu saja, lepas ini saya akan cerita lagi, bye.

No comments: