Pengikut dan Ex-smgrian

Monday, May 4, 2009

Panorama Terengganu - Taman Tamadun Islam

Kali ini Zul melawat Taman Tamadun Islam yang terletak di Pulau Wan Man, Kuala Terengganu. Taman Tamadun Islam merupakan taman tema yang mempamerkan senireka dan ketamadunan Islam dari seluruh dunia. Taman tema ini dibina pada bulan Mac 2005 dan terdapat lebih kurang 21 buah replika masjid yang terdapat dalam taman ini. Di atas adalah gambar Zul di hadapan replika masjid Xian yang terdapat di Xian, daerah Shaanxi, negara China. Masjid ini telah dibina sewaktu zaman Dinasti Tang lagi.

Ini pula replika Masjid Sultan Omar Ali Saifuddin yang terdapat di negara Brunei Darussalam. Masjid ini dinamakan sempena nama Sultan Brunei yang ke-28 dan dibina pada tahun 1958.

Replika Taj Mahal di India. Dibina oleh Maharaja Shah Jahan sebagai peringatan kepada isterinya Mumtaz Mahal sebagai lambang cinta terhadapnya. Ia mula dibina pada tahun 1632 dan siap pada tahun 1648. Ada cerita mengatakan bahawa Maharaja Shah Jahan memotong tangan orang yang terlibat dalam pembinaan Taj Mahal agar rekabentuk Taj Mahal tidak akan digunakan oleh orang lain.

Pemandangan di sekitar Taman Tamadun Islam.

Replika Masjid Badshahi di Pakistan. Masjid ini terdapat di Lahore, Pakistan dan merupakan Masjid kelima yang terbesar di dunia. Masjid ini siap dibina pada tahun 1673.

Replika Kubah As-Sakhrah di Palestin. Kubah As-Sakhrah adalah sebuah binaan yang menempatkan sebuah batu besar yang dikatakan sebagai tempat Nabi Muhammad S.A.W berdiri sewaktu peristiwa Israk Mikraj.

Masjid Samarra di Iraq. Masjid ini siap dibina pada tahun 852. Menara masjid ini berbentuk melingkar, berukuran 52 meter tinggi dan 33 meter lebar. Menara masjid ini bernama Menara Malwiya.

Ini pula replika Masjid Lutfallah yang terdapat di Iran. Masjid ini mula dibina pada tahun 1602 Masihi sewaktu pemerintahan Dinasti Safavid. Nama masjid ini diambil sempena nama tokoh agama terkenal pada zaman itu iaitu Sheikh Lutfallah Maisi Al-Amili.

Ini replika Makam Abu Nasr yang terdapat di Afghanistan. Makam ini dibina untuk mengabadikan jasa-jasa ketua dan tokoh agama di Herat, Afghanistan iaitu Khwaja Abu Nasr Parsa.

Replika Masjidil Haram di Mekah, Arab Saudi. Pembinaan masjid ini bermula pada zaman Khalifah Omar Al-Khattab R.A iaitu sekitar tahun 639 Masihi.

Replika Kota Aleppo di Syria. Bila melihat kota ini teringat pada filem Lord of the Rings.

Replika Masjid Mohammad Ali yang terdapat di Mesir. Masjid ini terletak di wilayah Al-Qalaa, Kaherah, Mesir. Ia direkabentuk oleh seorang arkitek Greek bernama Yussuf Bushnaq. Rekabentuknya berdasarkan kepada rekabentuk Masjid Sultan Ahmad (Masjid Biru) di Turki. Masjid ini siap dibina pada tahun 1265 Masihi dan dinamakan sempena nama pemerintah Mesir yang telah memerintah selama 45 tahun.


Replika masjid ini agak unik. Masjid Agadev di Nigeria. Masjid ini terletak di daerah Air Massif di tengah-tengah negara Nigeria. Ia dibina dalam kurun ke-16 sewaktu zaman Agadev. Masjid ini dibina daripada kayu dan lumpur dan masjid ini masih kukuh sehingga kini.

Untuk mengetahui lebih lanjut tentang Taman Tamadun Islam, anda boleh klik sini dan sini.

No comments: