Pengikut dan Ex-smgrian

Monday, May 18, 2009

Panorama Perak - Sekolah Menengah Raja Chulan


Sekolah Menengah Kebangsaan Raja Chulan Ipoh bermula sebagai sebahagian daripada Sekolah Menengah Anderson Ipoh pada bulan Januari 1961. Pada masa ini hanya dibuka sebuah kelas Tingkatan Satu dengan bahasa perantaranya Bahasa Melayu. Pentadbirannya pula dikelolakan oleh Sekolah Menengah Anderson Ipoh dengan penuntut kesemuanya lelaki.

Pada penggal kedua tahun 1964, berlaku suatu perubahan dari segi penuntutnya. Selain daripada penuntut yang sedia ada di Sekolah Menengah Anderson, sekolah ini juga menerima penuntut perempuan yang beraliran Melayu dari Sekolah Menengah Raja Perempuan Ipoh. Mulai detik tersebut, sekolah ini mempunyai penuntut lelaki dan perempuan dan dikenali sebagai Sekolah Menengah (SM) yang pentadbirannya diletakkan di bawah seorang penyelia. Mulai 1 Januari 1967 pula, sekolah ini mempunyai pentadbir sendiri dan jumlah ketika itu 36 buah. Pada masa ini, kelas-kelas ditempatkan di tiga tempat.

Pada 3 Jun 1968, bangunan baru (Bangunan Utama) siap dibina di Jalan Dairy Ipoh dan pada 28 Mac 1989 Sekolah Menengah Kebangsaan Raja Chulan telah dirasmikan oleh YB En. Mohd Khir Johari, Menteri Pelajaran pada ketika itu.

Sumber: Sinar Harian

No comments: