Pengikut dan Ex-smgrian

Monday, May 18, 2009

Panorama Perak - Majlis Sukan Negeri Perak

Majlis Sukan Negeri Perak ditubuhkan pada 1 November 1989 di bawah Akta Majlis Sukan Negara Malaysia 1971, Perintah Majlis Sukan Negara Malaysia Pindaan Jadual Kedua 1988 Akta 29, Majlis Sukan Negeri Perak adalah dibawah pengawasan Timbalan Setiausaha Kerajaan Negeri Perak (Pentadbiran) yang beribu pejabat di Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Perak.

Pejabat Majlis Sukan Negeri Perak yang pertama telah bertempat di Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Perak. Pengarah Majlis Sukan Negeri Perak yang pertama ialah Encik Mahaiyuddin bin Arshad yang mula bertugas pada 1 November 1989 hingga 30 April 1993. Tempat beliau kemudiannya digantikan oleh Encik Mazelan bin Ahmad Baharin yang mula bertugas pada 1 Julai 1993 dan berakhir pada 31 Disember 1996. Tempat beliau digantikan pula oleh Encik Abdul Puhat bin Mat Nayan yang mula bertugas pada 1 Januari 1997 hingga 31 Oktober 2005. Sebelum pejabat di Bangunan Perak Darul Ridzuan digunakan, Majlis Sukan Negeri Perak telah beroperasi di suatu blok rumah kedai yang disewakan beralamat di No. 4, Medan Istana 5, Jalan Panglima Bukit Gantang Wahab, Bandar Ipoh Raya, Perak Darul Ridzuan.

Tanggal 1 Disember 2006, kerusi Pengarah Majlis Sukan Negeri Perak telah disandang oleh Haji Meor Ismail bin Meor Akim. Berikutan dari perubahan kuasa pentadbiran tertinggi Majlis Sukan Negeri Perak, pejabat Majlis Sukan Negeri telah berpindah ke Wisma Majlis Sukan Negeri Perak, Kompleks Sukan MBI sehingga kini.

Sumber: Sinar Harian

No comments: