Pengikut dan Ex-smgrian

Wednesday, April 8, 2009

Tahniah kepada Anuar Shadat

Aku baharu sahaja menerima SMS daripada En Anuar Shadat bin Mohd Kasim, memaklumkan mulai 6 April 2009 beliau tidak lagi berkhidmat dengan Suruhanjaya Pilihanraya (SPR). Katanya beliau dinaikkan pangkat sebagai Penolong Pegawai Tadbir dan akan berkhidmat dengan Kementerian Kewangan Malaysia.

Kepada Anuar, aku mengucapkan tahniah dan semoga menjalankan tugas dengan penuh dedikasi dan berintegriti. Kepada ex-smgrian yang lain, sekiranya ada perkembangan dan pencapaian terbaru yang ingin anda hebahkan (dapat anak lagi ke, kahwin lagi ke), sila e-mail ataupun hubungi aku. Di bawah adalah gambar Anuar Shadat dahulu dan sekarang.

Gambar Anuar Shadat dahulu.

Gambar Anuar Shadat sekarang.


1 comment:

Anonymous said...

semalam anuar shadat telah kembali ke rahmatullah..akan disembahyangkan di masjid sultan mizan putrajaya dan dikebumikan di presint 20.