Pengikut dan Ex-smgrian

Thursday, April 9, 2009

Sekolah Menengah Gunung Rapat (SMGR)

Sekolah Menengah Kebangsaan Gunung Rapat (SMKGR), terletak kira-kira 8 km dari Pusat Bandaraya Ipoh. Sekolah ini ditubuhkan pada tahun 1984 dengan menerima pelajar-pelajar dari sekolah rendah yang berhampiran. Pelajar-pelajar ditempatkan dalam enam buah kelas iaitu tiga kelas peralihan dan tiga kelas tingkatan satu. Dalam tahun 1985, bilangan kelas bertambah kepada 12 buah dan bilangan guru bertambah kepada 23 orang. Tahun 1986, 2 blok pasang siap dibina. Sesi persekolahan dibuat dalam 2 sidang iaitu sidang iaitu sidang pagi dan sidang petang. Kali pertama pelajar mengambil peperiksaan Sijil Rendah Pelajaran (SRP) ialah pada tahun 1986. Tahun berikutnya (1987), kelas tingkatan 4 aliran sastera dimulakan. Pada tahun 1988, pertama kalinya pelajar menduduki peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM). Dalam tahun 1989, SMKGR mula menerima pelajar-pelajar luar daripada 3 buah sekolah rendah asrama desa iaitu Pasir Panjang Ulu, Batu Kurau, dan Lenggong. Pada masa yang sama SMKGR juga menerima pelajar-pelajar dari luar Bandar melalui Program Rancangan Khas. Sebahagian besar daripada pelajar-pelajarnya datang dari Sekolah Kebangsaan (SK) Sungai Rokam, SK Sungai Rapat, dan SJK(C) Gunung Rapat, Ipoh.

Pada tahun 1991-1999, bilangan tenaga pengajar dan pelajar terus bertambah, dan dalam tempoh itu juga 3 orang pengetua telah bertukar dari sekolah ini. SMKGR terpilih sebagai Akademi Sukan Negeri (ASN) dan terpilih untuk menjalani projek Tunas Cemerlang Olahraga yang dibiayai oleh Majlis Sukan Negara. Tahun 1995, padang sekolah ini telah dilengkapi dengan trek sintetik dan gelanggang lompat tinggi. Tahun 1998, sekolah mencapai kejayaan cemerlang dalam keputusan PMR dan SPM. Pada tahun yang sama, SMKGR dinaikkan taraf ke sekolah gred A dan Pelancaran Multimedia SMKGR. Dewan sekolah ini mulai dibina pada tahun 1999 dan siap dibina dan mula digunakan pada tahun 2001. SMKGR dianugerahkan sijil kerana Keputusan Pencapaian Tertinggi Daerah Kinta PMR dan SPM. Tahun 2002 SMKGR sekali lagi mengekalkan pencapaian cemerlang dalam akademik dengan menerima anugerah Gemilang Akademik SPM dan PMR bagi kategori Sekolah Menengah Bandar. Pada tahun 2005, SMKGR sekali lagi dianugerahkan “Anugerah Sekolah Lima Bintang”.

Pada Mac 2007, SMKGR mencipta sejarah apabila diiktiraf sebagai “SEKOLAH KLUSTER” kategori sekolah harian oleh KPM. Pada 8 Mei 2007, SMKGR menerima tetamu istimewa, Yg. Bhg. Tan Sri Nuraizah Bte Abd hamid, Ahli Panel Lembaga Penasihat Sekolah Kuster semperna lawatan kerja beliau ke negeri Perak.

Info dipetik dari laman web smkgr.net

3 comments:

Imran Zuhuri said...

SMKGR sekolah sukan ke atau sekolah harian biasa ?

Zairul Salleh said...

Dulu SMGR dikenali sebagai Sekolah Projek Bolasepak FAM/MILO kemudian menjadi sekolah sukan namun beralih kepada sekolah kluster yg lebih menekankan kepada pencapaian akademik.

azremy said...

aku last thn 1990.klas 5a2