Pengikut dan Ex-smgrian

Tuesday, April 7, 2009

Panorama Sabah - Shangri La's Rasa Ria Nature Reserve

Seterusnya kami ke Shangri La’s Rasa Ria Resort, Kota Kinabalu. Shangri La’s Rasa Ria Resort adalah sebuah hotel mewah bertaraf 5 bintang yang mempunyai sebuah pusat lindungan haiwan liarnya sendiri. Di pusat ini beberapa ekor haiwan terlindung seperti monyet dan orang utan dipelihara dan dijaga.

Alat-alat muzik tradisional yang terdapat di perkarangan hotel.

Pokok Krismas yang unik.

Sementara menunggu untuk check in.

Bergambar di hadapan pintu masuk Shangri-La’s Rasa Ria Nature Reserve.

Tapak kaki gajah.

Perjalanan menuju ke tempat penjagaan orang utan. Letih jugak, kena daki bukit, memang adventure.

Orang ‘hutan’ melihat orang utan.

Antara aksi-aksi orang utan yang sempat aku rakam.

Itik angsa. Percaya tak ada yang tak kenal dengan itik ini?

Itik serati. Dulu kat kampung aku banyak itik ini, budak-budak sekarang boleh hairan pulak tengok itik ini.

Kambing yang pemalu.

Kura-kura gergasi Afrika ataupun nama saintifiknya Geochelone sulcata, merupakan kura-kura ketiga terbesar di dunia selepas kura-kura Galapagos dan Aldabra. Kura-kura ini boleh didapati di padang pasir Sahara dan Afrika Utara.

Aktiviti seterusnya ialah mandi kolam.

Emak dan anak sama saja, kalau dah dapat mandi kolam tak ingat dunia.

Ini adalah gambar terakhir yang sempat aku rakam sebelum kamera aku rosak dimasuki air. Hampeh betul. Kata waterproof.


Untuk mengetahui dengan lebih lanjut tentang Shangri-La's Rasa Ria Resort, sila klik sini.

No comments: