Bas Mini yang terdapat di bandar Kota Kinabalu. Meskipun terdapat bas biasa yang lebih besar dan selesa, namun van lebih popular di kalangan penduduk Sabah dan dengarnya tambang van lebih mahal daripada bas.
Bas pertama yang digunakan di Sandakan sekitar tahun 30′an. Model Ford. Bas ini boleh dilihat di Muzium Sabah.
Lantai pada rumah kaum Murut yang diperbuat daripada buluh. Sebenarnya aku takut nak memijak lantai ini, takut kaki terbolos ke bawah.
Model jambatan gantung di Muzium Sabah. Jambatan gantung yang popular di Sabah adalah Jambatan Tamparuli. Aku pernah melihatnya dalam perjalanan hendak ke Kundasang.
Sebuah lagi jambatan gantung terdapat di Poring Hot Spring.
Sebuah lagi jambatan gantung terdapat di Poring Hot Spring.
Pemandangan bandar Kota Kinabalu yang dapat aku rakamkan daripada menara pemerhati di Bukit Bendera.
Untuk mengetahui lebih banyak tempat-tempat menarik di Sabah, anda boleh klik sini ataupun klik sini.
No comments:
Post a Comment