Pengikut dan Ex-smgrian
Tuesday, April 28, 2009
Bolasepak di Malaysia
Sejak bolasepak diperkenalkan oleh British pada awal kurun ke-19, sukan ini sudah meresapi dalam jiwa setiap masyarakat Tanah Melayu dan menjadi popular. Sedikit demi sedikit sukan ini menular di segenap pelosok dengan kelab ditubuhkan bertunjangkan kepada sukan bolasepak sehingga lahirnya Liga Kebangsaan seawal 1921 melibatkan semua negeri Tanah Melayu beraksi untuk merebut Piala Malaya yang kemudian dikenali Piala Malaysia.
Pada tahun 1926, persatuan bolasepak Perak, Selangor, Negeri Sembilan, Melaka dan Singapura bergabung membentuk Persatuan Bola Sepak Tanah Melayu (MFA) sebagai usaha menurunkan pasukan bolasepak Tanah Melayu menentang barisan Australlia yang berkunjung ke Singapura tahun itu.
Pada 1933 dihidupkan semula dengan pembentukan Persatuan Bola Sepak Malaya (FAM) dengan presiden pertamanya ialah Sir Andrew Caldecott disusuli M. B. Shelley, Dr J. S. Webster, S. D. Scott, R. Williamson dan Adrian Clark yang berkhidmat sehingga 1940. Selepas Perang Dunia Kedua bolasepak negara semakin meningkat.
Sumber: Sinar Harian
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment