Pengikut dan Ex-smgrian

Wednesday, June 18, 2014

Sate Minang dan Sate Baung

Sate Minang atau sate padang imej dari: adilajolie.blogspot.com

Sate padang atau lebih popular sebagai sate Minang di negara ini banyak dijual sekitar ibu kota.

Berbeza berbanding sate tempatan yang dihidangkan bersama kuah kacang, sate Minang memilii rasa yang lebih pedas dan berempah. Kuahnya yang berwarna kuning dan sedikit likat itu menjadi identiti bagi hidangan tersebut.

Antara bahan untuk membuat kuah sate Minang termasuklah kanji dan tepung beras yang dicampurkan bersama bahan yang dikisar seperti lengkuas, cili, bawang merah dan putih, ketumbar, jintan, kunyit, halia dan lengkuas.

Bahan kisar itu turut digunakan dalam melakukan proses memerap daging lembu untuk dijadikan sate.

Sate Kampung Baung di Kelantan, imej dari: www.come2kelantan.my

Kampung Baung di Pengkalan Chepa, Kelantan sinonim dengan perusahaan sate di kalangan penduduknya.

Sekiranya mengunjungi kampung tersebut, pengunjung pasti tertarik dengan deretan gerai-gerai sate yang dijual khas untuk dibawa pulang.

Selain itu kebanyakan restoran di sekitar kampung itu dan sepanjang jalan menuju ke bandar Kota Bharu pasti turut menghidangkan menu tersebut.

Rasa sate ayam yang manis bersama kuah kacang yang yang pekat menjadi pilihan penduduk tempatan dan pelancong yang mengunjungi Kota Bharu.

Seperti mana popularnya sate Kajang, sate Baung turut popular di daerah lain di negeri Kelantan.

Selain dihidangkan bersama nasi impit, sate Baung enak dimakan bersama roti.

-Kosmo!

No comments: