Pengikut dan Ex-smgrian

Thursday, June 12, 2014

15 cara melestarikan alam


1. Sokong produk tempatan

Membeli produk tempatan secara tidak langsung menyokong perkembangan ekonomi negara sekali gus menjimatkan kos pengangkutan bahan api yang menyumbang kepada peningkatan gas rumah hijau serta pemanasan global.


2. Kurangkan pengambilan daging

Pengeluaran daging global telah meningkat sebanyak 500 peratus sejak tahun 1950-an. Setiap kilogram daripada daging yang dihasilkan, sekitar 10 kilogram bijirin diperlukan untuk sumber pemakanan haiwan. Baja yang dihasilkan pula merupakan penyumbang utama pencemaran di sungai air bawah tanah serta pemanasan global.


3. Jimatkan tenaga

Biarkan makanan sejuk sebelum dimasukkan ke dalam peti sejuk, ganti mentol lampu biasa dengan mentol cekap tenaga, matikan lampu apabila anda tidak berada di dapur dan gunakan suhu yang paling rendah pada mesin pencuci pinggan mangkuk anda.


4. Kurangkan penggunaan plastik

Bawa beg kitar semula jika mahu membeli-belah. Ini dapat mengurangkan penggunaan beg plastik yang mengambil masa ratusan tahun untuk diuraikan.


5. Pilih produk pembersih hijau

Kebanyakan produk pembersihan dapur mengandungi bahan toksik seperti polikarbosiklat, fosfonat dan ejen pelunturan yang berbahaya pada kehidupan tumbuhan, akuatik dan haiwan. Oleh itu, sentiasa pastikan produk yang dibeli bebas dari kandungan sedemikian.


6. Bijak memilih produk organik

Terdapat pelbagai produk organik di pasaran sama ada yang dihasilkan oleh syarikat tempatan mahupun yang diimport. Jadi, buat pilihan dengan bijak.


7. Tanam sayur sendiri

Tumbuhan herba, salad, ubi kentang, bayam, strawberi, tomato dan banyak lagi boleh ditanam sendiri di dalam pasu kecil di rumah anda. Selain menjimatkan wang anda juga boleh mengelakkan sifar pembungkusan.


8. Memandu sambil membuka tingkap

Amalkan pemanduan secara terbuka tanpa membuka pendingin hawa terutama pada waktu malam. Ia satu langkah kecil yang boleh kita lakukan bagi mengurangkan kadar pelepasan gas karbon dioksida.


9. Beli kayu yang baik

Apabila membeli aksesori dapur, perabot dan pokok kayu yang lain, pilih barangan yang bersifat mesra alam atau mempunyai logo Forest Stewardship Council, iaitu standard antarabangsa untuk perhutanan mapan dan produk kayu.


10. Sentiasa guna dan kitar semula

Secara purata, rakyat Malaysia membuang 30,000 tan sampah sehari. Kebanyakan sampah tersebut berakhir di tapak pelupusan yang semakin kehabisan ruang. Bagi mengelakkan masalah ini, kita perlu memainkan peranan untuk mengitar semula sampah yang ada.


11. Beli peralatan elektrik bertaraf A

Penggunaan barangan elektrik cekap tenaga mampu mengurangkan penggunaan tenaga. Justeru, jangan berkira untuk membeli produk yang bertaraf A demi kesinambungan lapisan ozon.


12. Jimatkan penggunaan air di tandas

Masukkan botol air terpakai yang diisi dengan batu-batu kecil dan air ke dalam tangki tandas bagi mengurangkan penggunaan air setiap kali menggunakan tandas. Penggunaan air akan dapat dikurangkan sehingga 30 peratus.


13. Elakkan racun perosak

Bagi mengelakkan anda terdedah kepada racun perosak, basuh buah-buahan atau sayur-sayuran dengan bersih sebelum dimakan atau pilih produk organik kerana ia lebih selamat tanpa racun perosak.


14. Kitar semula sisa makanan

Letakkan satu tong sampah khas di dapur bagi membuang serdak kopi atau teh, kulit telur dan sisa sayur untuk dijadikan timbunan baja kompos. Tutup dengan karpet lama untuk memanaskannya. Untuk lebih mudah, beli tong sampah kompos khas. Dalam tempoh dua hingga enam bulan, baja kompos yang berkualiti dan boleh digunakan di taman atau halaman rumah anda.


15. Jimatkan penggunaan air

Setiap hari rakyat Malaysia sentiasa melakukan pembaziran dalam penggunaan air. Justeru, pastikan penggunaan air dijimatkan sebaik mungkin. Contohnya, basuh pinggan mangkuk di dalam bekas, bukan di bawah laluan air sinki.

-Kosmo!

No comments: