Pengikut dan Ex-smgrian
Wednesday, May 14, 2014
Kesan dengkur seperti diabetes
Mereka yang kerap berdengkur ketika tidur dikatakan memberi kesan buruk kepada saluran darah seperti yang dialami oleh penghidap diabetes.
Satu kajian yang dilakukan di Universiti Carol Davila, Bucharest, Romania ke atas mereka yang kerap berdengkur itu mendapati bahawa masalah itu memberi kesan yang besar kepada arteri yang berkait rapat dengan jantung.
Bagaimanapun, perkara itu tidak melibatkan dengkuran biasa, sebaliknya dikaitkan pada mereka yang berdengkur dengan nafasnya sentiasa berhenti ketika tidur atau dikenali sebagai sleep apnea.
Dalam kajian perbandingan antara mereka yang berdengkur dan penghidap diabetes mendapati arteri kedua-duanya dikatakan lebih kaku berbanding orang sihat.
-Kosmo!
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment