Pengikut dan Ex-smgrian

Thursday, May 15, 2014

Buah buat sperma sihat


Jenis makanan yang diambil menjadi antara faktor yang mempengaruhi kesuburan sperma seorang lelaki.

Selain senarai beberapa jenis makanan yang harus diambil, mereka dinasihatkan mengurangkan pengambilan daging merah, kopi dan minuman beralkohol bagi membuatkan sperma lebih aktif.

Dalam kajian lain pula, pengkaji mendapati diet yang tidak seimbang dan obesiti mampu mengurangkan kandungan benih tersebut dan kemampuannya untuk berenang ke arah ovum ketika proses persenyawaan.

Namun, pengkaji daripada Pusat Kesuburan Sao Paolo, Brazil menyarankan supaya seorang lelaki seharusnya banyak mengambil buah-buahan dan bijirin bagi meningkatkan peluang persenyawaan dalam program bayi tabung uji atau persenyawaan in-vitro.

"Jumlah sperma yang rendah dipengaruhi oleh Indeks Jisim Tubuh (BMI) dan pengambilan alkohol. Kandungan sperma yang optimum dipengaruhi oleh pengambilan bijirin dan buah-buahan serta makanan pada setiap hari." kata ketua pengkaji, Borges Edson.

Kajian yang disiarkan dalam jurnal Fertility and Sterility (2012) itu menyimpulkan bahawa makanan yang diambil oleh seorang lelaki berkait rapat dengan kesihatan benihnya.

-Kosmo!

No comments: