Pengikut dan Ex-smgrian

Monday, February 24, 2014

Lymphedema Praecox


Lymphedema Praecox atau penyakit untut disebabkan oleh jumlah limfa yang berlebihan terkumpul dalam tisu sehingga mengakibatkan sel tisu membengkak.

Limfa merupakan cecair jernih berwarna kekuning-kuningan yang mengandungi sel darah.

Serangan radang kulit, sinaran matahari berlebihan atau luka melecur, kecederaan teruk seperti tisu kulit yang terkoyak atau luka boleh mengakibatkan penyakit Lymphedema Praecox.

Ia juga boleh berlaku disebabkan oleh rawatan radiasi terutama di kawasan sel-sel darah putih.

Terdapat tiga peringkat asas penyakit Lymphedema Praecox yang boleh mengakibatkan penyakit fibrosis serta berkaitan masalah vaskular.

Lymphedema Praecox juga disebabkan oleh sejenis nyamuk dikenali sebagai mansonia.

Antara simptom-simptom Lymphedema Praecox ialah demam, anggota badan bengkak dan perubahan warna kulit menjadi kehitaman.

sumber: Artikel Kaki gajah Shaliza kembali normal tulisan Suhana Veru, Kosmo! 2 November 2012, www.lymphedemapeople.com

No comments: