Pengikut dan Ex-smgrian
Tuesday, February 25, 2014
Amalan minum susu yang betul
Adalah menjadi kelaziman bagi kanak-kanak yang telah membuka dan meminum susu UHT kemudian menyimpannya di dalam peti sejuk dan akan meminumnya kembali beberapa jam kemudian.
Perbuatan tersebut sebenarnya menyebabkan minuman itu mudah dicemari bakteria.
Bakteria boleh menyebabkan seseorang itu mengalami cirit-birit dan muntah.
Susu UHT yang telah dibuka perlu diminum hingga habis. Sekiranya sukar untuk menghabiskan susu tersebut, ia perlu dibuang dan tidak boleh disimpan.
Susu yang terdedah berpotensi dicemari bakteria. Bakteria akan membiak meskipun susu tersebut telah ditutup dan disimpan di dalam peti sejuk.
Susu UHT juga tidak boleh diambil ketika perut kosong. Susu hendaklah diminum selepas sarapan atau makan tengah hari.
Sekiranya susu diambil ketika perut kosong, ia boleh mendedahkan seseorang itu kepada simptom klinikal seperti cirit-birit dan muntah.
Keadaan akan menjadi lebih teruk sekiranya seseorang itu mengalami masalah alah laktosa (intoleransi laktosa).
Intoleransi laktosa ialah keadaan yang menyebabkan seseorang itu gagal mencerna dan menyerap gula (laktosa) dalam susu.
Individu yang mendapat intoleransi laktosa akan mengalami sakit perut, rasa mual dan kembung perut apabila mengambil produk tenusu.
Masalah ini disebabkan tubuh tidak mampu mengeluarkan enzim pencernaan.
Enzim tersebut dihasilkan oleh sel-sel yang terdapat dalam usus kecil yang berfungsi memecahkan gula susu untuk diserap oleh tubuh.
Jika proses ini gagal, ia boleh menyumbang kepada keracunan makanan. Bagaimanapun, ini tidak bermakna individu yang mengalami intoleransi laktosa tidak boleh minum susu langsung.
Individu terbabit disarankan minum susu dalam kuantiti yang sedikit pada peringkat awal dan tidak minum susu ketika perut kosong.
Sumber: Artikel Amalan minum susu yang betul, Kosmo! 1 November 2012.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment