Pengikut dan Ex-smgrian

Wednesday, December 4, 2013

Suntikan epidural


Teknik pengurusan kesakitan dengan menggunakan suntikan epidural bagi wanita yang hendak bersalin tidak memberi kesan memudaratkan kepada pengguna.

Epidural merupakan teknik pembiusan sama ada untuk mengurangkan kesakitan (analgesia) atau sebagai kegunaan semasa pembedahan (anestesia).

Kaedah yang digunakan adalah pembiusan separuh badan dengan memasukkan ubat bius setempat ke kawasan epidural pada bahagian tulang belakang.

Menurut Dr. V. Sivasakthi iaitu Ketua Jabatan Anestesiologi Hospital Kuala Lumpur, kesan sampingan akibat suntikan epidural adalah sangat minimum.

Kesan sampingan seperti sakit pinggang atau belakang mudah diatasi dan tidak merbahaya seperti mengantuk, sakit kepala dan loya.

Sakit belakang yang dirasai selepas suntikan epidural adalah sementara dan akan kembali pulih seperti biasa.

Masalah sakit belakang sebenarnya berpunca ketika wanita mula mengandung lagi dan tiada kaitan dengan kesan berpanjangan daripada teknik epidural.

sumber: Artikel Suntikan epidural selamat, tidak bahayakan nyawa wanita yang ingin bersalin oleh Aqmar Alladad, Kosmo! 24 Ogos 2012

No comments: