Sultan Muhammad al-Fateh |
Sejarah telah merakamkan tentang kegigihan tentera Islam sejak kerajaan Umaiyyah, Abasiyah dan Othmaniah Turki untuk menawan kota Konstantinopel (Istanbul) tetapi gagal.
Namun satu ketika tampil seorang anak muda iaitu Sultan Muhammad al-Fateh, Sultan Kerajaan Othmaniah Turki bangkit menghidupkan kepimpinannya.
Dalam usia 21 tahun baginda berjaya menawan semula kota Konstantinopel daripada Rom. Antara penyebab kejayaan tersebut ialah tertanamnya kesetiaan kepada pemimpin dan semangat cintakan negara di samping bijak, pintar dan kreatif.
Kota tersebut menjadi laluan dan menjadi pintu masuk penyebaran Islam di Eropah. Antara kata-kata keramat baginda ketika melancarkan percubaan akhir pada hari ke-53 kepungan untuk menawan kota Konstantinopel ialah, "Wahai tenteraku, aku bersedia untuk mati di jalan Allah, sesiapa yang mahu syahid, ikutilah aku".
Menurut riwayat, baginda tidak pernah meninggalkan solat fardhu, solat sunat rawatib dan solat tahajjud sejak baligh lagi. Demikianlah contoh kepimpinan negara di mana kekuatan rohani tidak dapat dipisahkan dalam diri mereka sebagai pemimpin.
sumber: e-khutbah JAKIM
No comments:
Post a Comment