Apabila berlaku banjir, anda harus mengambil langkah menghadapinya.
Antara pelan tindakan yang patut dilakukan sewaktu banjir adalah seperti berikut:
- Bersedia jika kawasan anda selalu atau berpotensi menghadapi banjir.
- Sentiasa sediakan beg darurat dan simpan di tempat yang selamat.
- Sediakan sebuah lagi beg kecemasan seperti ubat-ubatan dan tepung susu anak.
- Simpan dokumen penting di tempat selamat.
- Awasi kanak-kanak dan jangan biarkan mereka bermain di kawasan banjir.
- Apabila berlaku banjir, segera berpindah ke pusat pemindahan seperti yang diarahkan pihak berkuasa.
- Pastikan semua suis elektrik dimatikan untuk mengelakkan kejadian renjatan elektrik.
- Dapatkan maklumat terkini cuaca dan situasi banjir melalui saluran radio, televisyen dan internet.
- Jika terperangkap dalam banjir, hubungi pihak berkuasa untuk bantuan dengan melaporkan keadaan dan kedudukan anda.
- Pastikan rumah berkunci dan barang disimpan di tempat tinggi dan selamat sebelum berpindah.
- Kenal pasti individu yang mempunyai keperluan khas seperti berpenyakit kronik, kurang upaya, uzur dan mengandung untuk bantuan khas pemindahan.
- Sentiasa berwaspada ketika memandu pada musim banjir dan gunakan laluan selamat yang telah dikenal pasti.
- Jangan cuba selamatkan kereta jika air naik mendadak kerana ia boleh membunuh diri anda sendiri.
- Selamatkan kanak-kanak dalam kereta, jika boleh tinggalkan kereta anda serta-merta sebaik air meningkat naik.
- Pastikan minum air yang telah dimasak, elak guna air yang tercemar.
- Basuh tangan dengan sabun sebelum menyentuh makanan, semasa menyediakan makanan atau memegang barang-barang yang telah dicemari air banjir.
- Gunakan air bersih untuk membasuh bekas makanan, mandi, menyediakan makanan atau menyediakan susu bayi.
- Jika terserempak dengan haiwan liar atau berbisa, hubungi pihak berkuasa untuk bantuan.
- Pastikan semua punca elektrik selamat dan tidak terdedah dengan sumber air sebelum menghidupkan suis utama untuk mengelak renjatan elektrik.
Sumber: Artikel Awas hujan lebat oleh Nizha Periaswamy, Kosmo! 4 Mac 2013
No comments:
Post a Comment