Pengikut dan Ex-smgrian
Friday, December 6, 2013
Kurang tidur, kuat makan
Jika anda tidak mahu bertambah gemuk, pastikan anda mendapat tidur yang cukup.
Hal ini kerana kajian yang dilakukan oleh penyelidik mendapati kekurangan tidur akan meningkatkan hormon leptin dan ghrelin sekali gus menambahkan selera makan seseorang.
Virend Somers, profesor perubatan dan penyakit kardiovaskular di Mayo Clinic, Rochester di Minnesota, Amerika Syarikat berkata, leptin dan ghrelin berkait rapat dengan selera makan.
Kajian melibatkan 17 lelaki dan wanita normal selama lapan malam dengan separuh daripada mereka tidur secara normal dan bakinya hanya dua pertiga waktu tidur yang cukup.
Peserta boleh makan sebanyak mana yang mereka mahu dalam ujian itu. Penyelidik mendapati kumpulan dengan kekurangan waktu tidur mengambil 549 kalori tambahan setiap hari dan ketiadaan perubahan ketara dari segi penggunaan tenaga dengan kumpulan yang cukup tidur.
-Kosmo!
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment