Pengikut dan Ex-smgrian

Wednesday, November 20, 2013

Etika membuang sampah


Di sebalik kesedaran mengenai kepentingan menjaga alam sekitar yang semakin meningkat dalam kalangan masyarakat, masih ramai yang mengamalkan pembuangan sampah secara tidak beretika.

Biarpun kerajaan telah menganjurkan pelbagai program untuk mendidik orang ramai agar tidak membuang bahan pepejal dan tepu ke dalam saluran yang tidak sepatutnya namun ia masih kurang meninggalkan kesan.

Hakikatnya, ia bukan satu tugas yang sukar. Terdapat pelbagai langkah yang boleh diambil untuk menjaga alam sekitar.

Tip di bawah boleh diamalkan dalam kehidupan seharian kita sebelum membuang sampah.


1. Ikat sampah.

Sebelum meletakkan sampah ke dalam tong sampah, ia perlu diikat supaya sampah tidak bertaburan. Ia juga mengelakkan kucing, anjing dan burung gagak menyelongkar sampah itu. Langkah itu juga memudahkan pekerja Alam Flora memungut sampah.


2. Pengasingan sampah.

Masih ramai yang tidak mengamalkan pengasingan sampah. Hakikatnya, kita perlu menggunakan kemudahan pengasingan tong sampah misalnya membuang kaca, kertas dan plastik ke dalam tong sampah lyang disediakan. Selain itu, orang ramai juga perlu mengasingkan sisa basah daripada sisa kering. Setelah diasingkan masukkan ke dalam beg plastik sebelum dibuang ke dalam tong sampah bertutup.


3. Tong sampah.

Walaupun tong sampah disediakan di tempat-tempat awam namun masih ramai memilih untuk tidak menghargai kemudahan berkenaan. Jika berada di tempat-tempat awam, anda seharusnya mencari tong sampah untuk membuang sampah.


4. Elak buang sampah dalam longkang.

Masih ramai yang gemar membuang sampah dan sisa makanan ke dalam longkang. Perbuatan itu sebenarnya menyebabkan punca utama banjir kilat yang diakibatkan oleh longkang yang tersumbat. Pada masa yang sama, longkang yang tersumbat mengundang bau busuk serta menjadi tempat pembiakan nyamuk.

-Kosmo!

No comments: