Pengikut dan Ex-smgrian

Friday, November 22, 2013

Cara mengawal pendarahan

Pendarahan hidung.

Duduk dan longgarkan pakaian di sekitar leher.

Bersandar ke hadapan bagi memastikan aliran darah keluar melalui hidung dan bukannya masuk ke tekak.

Picit hidung dengan perlahan di bahagian bawah tulang keras selama lima minit. Kemudian letakkan pek ais di bahagian atas hidung.

Pada masa yang sama, bernafas melalui mulut seperti biasa. Lepaskan picitan pada hidung bagi memastikan darah telah berhenti. Jika tidak berhenti, picit selama lima minit lagi.

Apabila pendarahan berhenti, teruskan bernafas melalui mulut dan jangan sesekali hembuskan atau bersihkan hidung dalam masa beberapa jam.

Dapatkan bantuan doktor jika darah pada hidung tidak berhenti mengalir selepas 20 minit.


Cara merawat luka kecil.

Bersihkan luka tersebut dengan menggunakan bebola kapas dan pastikan tiada partikel asing.

Tekankan kain kasa bersih pada luka beberapa minit untuk menghentikan pendarahan.

Sapukan antiseptik pada luka dan sekelilingnya. Kemudian balutkan dengan kain pembalut.


Cara merawat pendarahan yang teruk.

Letakkan kain kasa yang tebal pada luka dan tekan dengan perlahan bagi mengawal pendarahan.

Tinggikan bahagian anggota yang luka dari badan kecuali jika ada tulang yang patah.

Dapatkan bantuan perubatan segera.

-Kosmo!

No comments: