Pengikut dan Ex-smgrian

Friday, July 19, 2013

Ikan lumba-lumba Kuala Sepetang

Kuala Sepetang terletak 18 kilometer dari bandar Taiping.
Kuala Sepetang di Taiping mempunyai keunikan tersendiri kerana ia sering menjadi tumpuan ikan dolfin atau ikan lumba-lumba.

Kehadiran mamalia yang boleh hidup di laut dan sungai ini secara tidak langsung menjadikan Kuala Sepetang sebagai lokasi ekopelancongan yang menarik untuk dilawati.

Ikan dolfin ini dikatakan suka mengekori bot nelayan yang pulang dari laut menuju ke kuala.

Ia juga dikatakan gemar bersosial dan mesra kepada pengunjung. Namun ada ketikanya kelibatnya tidak muncul walaupun pengunjung menunggu berjam-jam untuk menyaksikan kelibatnya.

sumber: Artikel Berlumba dengan bot nelayan, Kosmo! 1 Januari 2012

No comments: