Majlis Raja-Raja (MRR) yang merupakan badan tertinggi diraja dan yang memilih Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong dan Timbalan Yang di-Pertuan Agong diperuntukkan di bawah Perkara 38.
Walaupun hal-hal dasar kenegaraan juga boleh diagendakan untuk Majlis Raja-Raja, kebanyakan hal yang dipertimbangkannya adalah berkisar kepada perkara-perkara kedi-rajaan, pengampunan, reprief dan respit, adat-istiadat Melayu dan hal-hal yang berkaitan agama Islam.
Biasanya, Majlis Raja-Raja juga memberi perhatian kepada perlantikan-perlantikan tertentu seperti para hakim dan peraturan-peraturan yang dibuat di bawah Perkara 32 mengenai perkhidmatan awam.
Pendeknya, Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong terlibat dalam banyak hal dan urusan berkaitan jawatan baginda sebagai Kepala Utama Negara.
sumber: Datuk Seri Utama Dr. Rais Yatim, Kosmo!
No comments:
Post a Comment