Pengikut dan Ex-smgrian
Monday, July 23, 2012
Sahur dan kelebihannya
Waktu bersahur bermula pada pertengahan malam hingga terbit fajar namun disunatkan untuk mengakhirkan waktu bersahur iaitu kira-kira 10 atau 15 minit sebelum azan Subuh dilaungkan.
Selain mendapat manfaat untuk diri sendiri iaitu mendapat tenaga untuk berpuasa, sahur adalah cara memperoleh pahala dengan percuma kerana ia adalah sunnah Rasulullah SAW.
Mengantuk dan letih tidak boleh dijadikan alasan untuk enggan bersahur kerana sahur dapat membantu menguatkan badan orang yang berpuasa untuk mengerjakan ibadat puasa pada sebelah siangnya.
Sahur adalah ibadah yang membezakan antara puasa orang Islam dengan puasa agama lain.
Waktu bersahur adalah waktu yang mustajab untuk berdoa.
-Kosmo!
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment