Pengikut dan Ex-smgrian

Wednesday, June 6, 2012

Tip menjadi pelajar superstar

Tahu bakat dan kecenderungan diri.

Tahu gaya pembelajarannya yang unik lalu menggunakannya dalam belajar.

Ada cita-cita yang jelas, bermatlamat dan meletakkan sasaran yang tepat tentang pencapaian yang dimahukannya.

Dapat mengenal pasti kekuatan dan kelemahan dirinya lalu berusaha memanfaatkan kekuatan tersebut dan mengatasi kelemahan yang ada.

Sentiasa fokus ketika berada di dalam kelas dan sewaktu mengulangkaji pelajarannya.

Mempunyai aras minda (mindset) yang betul tentang belajar.

Sering bertanya dalam kelas dan berbincang dengan kawan-kawan.

Tahu teknik dan strategi belajar yang berkesan. Mereka belajar secara bijak (study smart) dan dalam masa yang sama kuat belajar (study hard).

Belajar secara output dan bukannya sekadar input.

Merancang waktu belajar dan mempunyai jadual bagi memastikan apa yang dipelajari dapat dihabiskan sebelum masuk malam peperiksaan.

Memanfaatkan belajar secara berkumpulan.

Sedar akan kekuatan dan peranan minda bawah sedarnya.

Bijak bergaul, membina jaringan persahabatan yang luas serta memanfaatkan kekuatan dan kelebihan rakan-rakannya.

Aktif dalam persatuan dan aktiviti kokurikulum.

Sentiasa menghormati rakan, guru dan ibu bapa serta memohon restu dan doa mereka.

Menjaga kebersihan hati agar tidak dicemari oleh sifat yang buruk serta dosa dan maksiat.

Menunaikan amalan wajib dan menghidupkan sunnah serta amalan sunat disamping banyak berzikir, membaca al-Quran dan berdoa.

sumber: www.ipac.my

No comments: