Kedua-dua penyakit ini terjadi akibat daripada kekurangan kalsium serta fosfat di dalam tulang.
Ia dipanggil riket jika dihidapi pada peringkat bayi dan kanak-kanak manakala osteomalasia pada orang dewasa.
Kekurangan vitamin D boleh menyebabkan penurunan kadar penyerapan kalsium dan akan menyebabkan tulang menjadi rapuh.
Tulang belakang yang menghidap penyakit riket ini akan menjadi lembut seterusnya bengkok.
Bagi kanak-kanak yang baru mula berjalan, kaki mereka akan melentur akibat tekanan berat badan terhadap kedua-dua kaki mereka.
Pesakit yang menghidap penyakit ini sukar memanjat tangga dan bangun.
Tanda-tanda osteomalasia ialah penurunan berat badan, anoreksia, otot lemah, tulang berasa ngilu dan kebas, perubahan bentuk pada pinggul dan lengan serta sakit tulang belakang.
Bagi yang menghidap penyakit ini, perlu minum air yang mengandungi mineral, alkalin dan magnesium yang tinggi.
sumber: Kosmo!
No comments:
Post a Comment