Pengikut dan Ex-smgrian
Thursday, June 28, 2012
Panorama Perak - Pemandangan Bandaraya Ipoh
Inilah pemandangan bandaraya Ipoh yang aku sempat rakamkan dari puncak bangunan pejabat aku. Dahulunya aku tertanya-tanya juga kenapa tiada bangunan yang tinggi di bandaraya Ipoh? Paling tinggi pun aku rasa mungkin tidak melebihi 20 tingkat.
Kini baru aku mengetahui bahawa rupanya ada perjanjian antara pihak kerajaan negeri Perak dan pihak Jabatan Penerbangan Awam (DCA) tentang pembinaan bangunan tinggi di bandaraya Ipoh.
Sebelum ini pihak Jabatan Penerbangan Awam (DCA) melarang sebarang pembinaan bangunan tinggi atas faktor keselamatan awam kerana terletak di dalam laluan pesawat atau kapal terbang.
Bagaimanapun baru-baru ini di dalam bulan Februari 2012 Menteri Besar Perak, Datuk Seri Dr. Zambry Abd. Kadir dikatakan telah mengadakan perbincangan bersama DCA meminta agar larangan tersebut dipertimbangkan semula.
Menurut Datuk Seri Dr. Zambry, larangan tersebut akan merencatkan pembangunan hartanah di bandaraya Ipoh.
sumber: Utusan Malaysia.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment