Pengikut dan Ex-smgrian

Monday, April 16, 2012

Prinsip Akta Perlindungan Data Peribadi


Tidak dibenarkan memproses data peribadi orang lain tanpa kebenaran.

Mematuhi prinsip notis dan pilihan di mana makluman dan tujuan awalan dimaklum kepada pemilik data berkenaan.

Prinsip penzahiran iaitu tujuan data peribadi seseorang individu yang hendak dizahirkan.

Prinsip keselamatan iaitu memproses data peribadi individu agar selamat, tidak diubah suai, disalah guna atau diberi kepada pihak lain.

Prinsip penyimpanan iaitu tidak dibenar menyimpan data peribadi seseorang lebih daripada had masa tertentu.

Prinsip integriti iaitu setiap data dipastikan tepat, lengkap, tidak mengelirukan dan terkini.

Prinsip akses iaitu seseorang hendaklah diberi hak akses kepada data peribadinya yang dipegang oleh pengguna data sekiranya dia ingin membetulkan data tersebut.

sumber: Kosmo!, Kementerian Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan.

No comments: