Pengikut dan Ex-smgrian
Tuesday, March 6, 2012
Aung San Suu Kyi
Aung San Suu Kyi dilahirkan di Yangon (dulu dikenali sebagai Rangoon) pada 19 Jun 1945. Merupakan anak kepada Jeneral Aung San yang dianggap sebagai tokoh kemerdekaan Burma yang kini dikenali sebagai Myanmar.
Pada tahun 1947 Jeneral Aung San yang menjadi Perdana Menteri Burma telah dibunuh. Pada waktu itu Aung San Suu Kyi masih berumur dua tahun.
Pada 15 Ogos 1988 Aung San Suu Kyi telah menghantar surat terbuka kepada kerajaan mendesak perubahan ahli jawatankuasa yang lebih bebas. Kemudian pada 26 Ogos 1988 Aung San Suu Kyi telah berucap buat pertama kali hadapan khalayak ramai di Pagoda Shwedagon.
Pada 18 September 1988 pihak tentera telah menubuhkan Majlis Pemulihan Arahan dan Undang-Undang Negeri (SLORC). Pada 24 September 1988 parti National League of Democracy (NLD) telah ditubuhkan dengan Suu Kyi sebagai setiausaha agung.
Pada tahun 1989 Suu Kyi telah diletakkan dalam tahanan rumah tanpa perbicaraan.
Pada tahun 1990 parti NLD telah menang pilihanraya kerusi parlimen sebanyak 82 peratus bagaimanapun pihak SLORC tidak mengiktiraf keputusan tersebut.
Sebuah filem berdasarkan kisah hidup dan perjuangan Aung San Suu Kyi difilemkan. Filem tersebut berjudul The Lady dilakonkan oleh Michelle Yeoh dan diarahkan oleh Luc Besson.
sumber: Kosmo!
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment