Negeri Perak meliputi kawasan 6.4% daripada jumlah keluasan Malaysia. Negeri Perak mengalami cuaca panas dan lembap sepanjang tahun dan kadar suhu di antara 23.7 darjah ke 33.2 darjah Celcius serta kelembapan melebihi 82.3% dan hujan pada kadar 3,218.00mm setahun.
Hampir separuh daripada keluasan negeri Perak diliputi dengan hutan seluas 10,713 km persegi di mana 95.6% ialah Hutan Hujan Khatulistiwa dan selebihnya iaitu 4.4% adalah Hutan Paya Bakau.
Negeri Perak terbahagi kepada 10 daerah iaitu:
- Batang Padang
- Kinta
- Kuala Kangsar
- Larut
- Matang dan Selama
- Kerian
- Manjung
- Hilir Perak
- Perak Tengah
- Hulu Perak
Bandar-bandar utama di negeri Perak adalah termasuk Ipoh, Kuala Kangsar, Taiping, Batu Gajah, Teluk Intan dan Kampar.
Negeri Perak berada di bawah pentadbiran Sultan Perak yang juga merupakan Ketua Perlembagaan Negeri. Sultan Perak yang terkini ialah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Sultan Azlan Muhibbuddin Shah Ibni Al-Marhum Sultan Yussuf Izzuddin Shah Ghafaru'llahulahu.
Di bawah perlembagaan negeri, kuasa perundangan dipunyai oleh Dewan Undangan. Dewan ini melantik ahli Dewan untuk membentuk Majlis Mesyuarat Kerajaan (EXCO). EXCO yang diketuai oleh Menteri Besar, memegang kuasa eksekutif dan merupakan badan yang membuat dasar kerajaan negeri. Menteri Besar yang dilantik oleh Sultan adalah daripada parti politik yang memenangi kerusi yang terbanyak di dalam Dewan Undangan.
sumber: www.perak.gov.my, wikipedia.
No comments:
Post a Comment