Langkah-langkah:
- Fikirkan apa yang telah berlaku dan perbuatan apa yang anda mahu dimaafkan.
- Tuliskan perkara tersebut, ini akan membantu anda mengatur idea dan meredakan ketegangan perasaan anda.
- Berlatih perkara yang anda hendak cakakpkan sehingga anda merasa selesa dengannya.
- Nyatakan dengan jelas perbuatan yang anda mahukan kemaafan.
- Mengakui perbuatan anda tanpa mengemukakan sebarang alasan.
- Berkongsi perasaan anda mengenai apa yang telah terjadi - elakkan daripada menyalahkan orang lain, membesar-besarkan cerita atau menyebut kata-kata yang sia-sia.
- Mendengar respon daripada orang berkenaan tanpa mempertahankan diri.
- Tawarkan diri untuk memperbaiki keadaan sekiranya sesuai.
- Teruskan kehidupan. Apabila anda telah meminta maaf, lupakannya dan biarkan ia berlalu.
Panduan-panduan:
- Fikirkan bahawa memohon kemaafan itu sebagai satu komitmen terhadap perhubungan dan bukannya satu kelemahan diri.
- Ikhlas. Meminta maaf terhadap perkara-perkara yang anda benar-benar rasa bertanggungjawab terhadapnya; jangan meminta maaf hanya semata-mata untuk menjernihkan suasana. Beri masa kepada orang berkenaan untuk menenangkan perasaannya - jangan berasa tawar hati sekiranya anda tidak dimaafkan sepenuhnya pada masa anda meminta maaf.
No comments:
Post a Comment