Pengikut dan Ex-smgrian

Thursday, August 11, 2011

Tujuh amalan pemakanan yang lebih sihat semasa Ramadhan


Bulan Ramadhan merupakan bulan yang mempunyai banyak keistimewaan dan pahala dianugerahkan oleh Allah. Malangnya bulan Ramadhan dikaitkan pula dengan pesta makanan dengan banyaknya bazar Ramadhan, buffet Ramadhan di hotel dan pelbagai tawaran pakej hidangan yang menarik di restoran. Sedangkan agama Islam menggalakkan umatnya bersederhana dan tidak melampaui batas.

Terdapat tujuh amalan pemakanan yang lebih sihat untuk diamalkan sewaktu bulan Ramadhan:

1. Ketahui keperluan kalori anda dalam sehari iaitu 2,000 kalori bagi lelaki dan 1,800 kalori bagi wanita.  Pengambilan makanan boleh diagihkan kepada 300 kalori bagi juadah berbuka puasa, 700 kalori bagi hidangan utama, 300 kalori bagi moreh dan 500 bagi bersahur.

2. Berbuka puasa dengan 3 biji kurma, 2 jenis kuih dan segelas air manis atau jus buah-buahan (tanpa gula tambahan) adalah memadai sebagai pengalas perut.  Hidangan ini membekalkan 300 kalori.  Untuk kuih-muih yang bergoreng atau bersantan, hadkan pengambilan kepada selang sehari.

3. Tunaikan solat Maghrib terlebih dahulu sebelum hidangan utama.  Dari aspek kesihatan, ini akan memudahkan penghadaman semasa hidangan utama.

4. Sasarkan pengambilan 700 kalori bagi hidangan utama.  Contoh hidangan yang lebih sihat seperti berikut:

i) Nasi putih 4 senduk 300 kalori
ii) Lauk ikan 1 ekor sederhana/i keping 120 kalori
iii) Tempe 1 keping sederhana 40 kalori
iv) Sayur berdaun 1 cawan
v) Buah-buahan i potong betik + i biji pisang 120 kalori
vi) Air manis 1 gelas 100 kalori

5. Hadkan meminum air buah-buahan, kordial berperisa yang manis dengan minuman panas 3 dalam 1 kepada satu gelas/cawan sahaja semasa hidangan utama. Utamakan air kosong.

6. Bagi hidangan moreh, hadkan kepada 300 kalori, contoh hidangan adalah bubur kacang: 200 kalori, sepotong tembikai 60 kalori dan teh O kurang manis (1 sudu teh gula) 20 kalori.

7. Sasarkan 500 kalori bagi hidangan bersahur. Contoh hidangan yang lebih sihat adalah 1 mangkuk sederhana oat, susu dan buah-buahan kering 400 kalori dan 1 cawan air panas 100 kalori.

Untuk maklumat lanjut berkaitan kandungan kalori pelbagai jenis makanan, sila layari laman web www.nutriweb.org.my

sumber: Infosihat.gov.my

No comments: