Pengikut dan Ex-smgrian

Tuesday, July 5, 2011

Asal-usul Tambun


Sekitar tahun 1885, seorang penghulu bernama Tok Panjang Osman atau dikenali juga sebagai Tok Noman telah diberi kebenaran oleh Sultan untuk melombong timah di daerah Ulu Kenta (Hulu Kinta). Aktiviti perlombongan kemudian giat dijalankan di kaki Gunung Layang-Layang.

Majoroti pekerja-pekerja Tok Norman terdiri daripada Orang Asli yang tinggal di petempatan Orang Asli berhampiran. Orang Asli merupakan tenaga kerja pilihan sebelum kemasukan buruh-buruh Cina di Lembah Kinta yang dibawa masuk oleh penjajah British sekitar 1890-an.

Tabiat pekerja-pekerja Orang Asli ini yang suka 'tambun' (menimbun) bijih mereka di satu tempat khusus menyebabkan Tok Noman menamakan lombong bijih timahnya sebagai 'Tambun Hulu'. Begitulah asalnya bagaimana Tambun mendapat namanya. Tempat di mana para pekerja 'menambun' timah ialah tempat yang dikenali sebagai Bandar Baru Putra pada masa kini.

Dari Tambun Hulu, Tok Noman mengalihkan aktiviti perlombongannya kepada Tambun Tengah lalu kepada Tambun Hilir, di mana terletaknya pekan Tambun sekarang.

Dua mercu tanda terkenal di pekan Tambun iaitu Balai Polis Tambun dan Masjid Tambun telah dibina dalam tahun 1905 dan 1910. Sebelum ini kawasan Tambun dikenali sebagai Kampung Rotan Segar.

sumber: Ipoh Echo

No comments: