Tugu Keris di bandar Klang (imej dari my-rummy.com)
Klang pernah menjadi ibu negeri Selangor sebelum wujudnya Kuala Lumpur dan Shah Alam iaitu dari tahun 1880 hingga 1977.
Bandar Klang mendapat namanya dari istilah bahasa Langkasuka iaitu klang yang bererti 'tempat yang terletak di tengah-tengah'.
Klang juga terkenal dengan sejarah Perang Kelang yang berlaku antara tahun 1867 hingga 1874 ekoran tuntutan Raja Mahadi ke atas daerah Klang daripada Raja Abdullah. Raja Mahadi adalah putera Sultan Sulaiman yang pernah memerintah Klang.
Tempat-tempat menarik di bandar Klang termasuk Istana Alam Shah, Tugu Kris, Masjid Sultan Sulaiman, Little India (Jalan Tengku Kelana), Taman Pengkalan Batu, Kota Raja Mahadi, Gedung Raja Abdullah, Bangunan Sultan Sulaiman, Masjid India Muslim, Tokong Qin Liang, Kelab Kapal Layar Diraja Selangor dan Taman Burung Unta.
Tanjung Harapan sebuah lagi tempat paling popular untuk menikmati keindahan laut serta makanan laut di Klang.
Jambatan Kota dikekalkan bagi memberi peluang orang ramai bersiar-siar merentasi Sungai Klang, khas untuk pejalan kaki, penunggang basikal, beca dan motosikal.
Bandar Klang juga popular dengan Jalan Pasar kerana terdapat ramai peniaga Melayu yang membuka Pasar Jawa, pasar yang terkenal dalam kalangan penduduk Melayu - Jawa di Klang.
Pasar Jawa juga merupakan syurga kerepek kerana terdapat pelbagai jenis kerepek yang segar dijual pada harga yang murah.
sumber: Kosmo!
No comments:
Post a Comment