Pengikut dan Ex-smgrian

Thursday, June 30, 2011

DIC Pahang

Pertubuhan Komuniti Pencegahan Dadah (DIC) Pahang merupakan sebuah pertubuhan bukan kerajaan yang diterajui serta dianggotai oleh bekas-bekas penagih dadah dan bekas penagih dadah HIV positif.

Ia yang ditubuhkan pada tahun 2000 bertujuan membantu menangani permasalahan dadah dan HIV/AIDS di negeri Pahang Darul Makmur.

Ia menjadi organisasi peneraju dalam menggerakkan kesungguhan segenap lapisan masyarakat untuk menangani permasalahan dadah dan HIV/AIDS melalui pencegahan, perawatan dan kelompok sokong bantu secara komprehensif dan holistik.

Satu-satunya NGO yang membantu menangani permasalahan dadah dan jangkitan HIV/AIDS secara komprehensif dan holistik di negeri Pahang dan menawarkan kepelbagaian perkhidmatan dengan kelainan pendekatan serta tindakan untuk menangani permasalahan penagihan dadah dan HIV/AIDS.

DIC Pahang juga merupakan penggerak kuasa perintis dalam memperjuangkan dan membina semula identiti serta kehidupan baru bagi bekas penagih dadah.

Menyediakan input yang signifikan berkaitan permasalahan dadah dan HIV/AIDS yang menyumbang kepada perangkaan strategi bagi mengatasi masalah tersebut dan juga telah berjaya mengetengahkan 'role model' bagi penagih dadah dan masyarakat.

Untuk keterangan lanjut, sila layari www.dicpahang.org

sumber: Kosmo!

No comments: