Pengikut dan Ex-smgrian

Wednesday, June 29, 2011

Keluarga tiri


Antara kes malang melibatkan anggota keluarga baharu atau tiri:

Pulau Pinang, 22 April 2007

Seorang kanak-kanak, Naziratul Mohd. Azmi, 2, telah menjadi mangsa dera teman lelaki ibu tirinya, seorang peniaga pasar malam yang berusia 22 tahun. Kanak-kanak tersebut ditemui dalam keadaan terikat di jeriji tingkap serta ditinggalkan bersendirian. Mangsa turut mendakwa selalu dipukul 'ayah tirinya'.


Kuala Lumpur, 4 Jun 2010
Seorang wanita telah menemui anaknya, Hazrieq Naufal Abdullah dalam keadaan nyawa-nyawa ikan. Kanak-kanak tersebut meninggal dunia sebaik tiba di hospital. Dalam pemeriksaan, doktor mendapati terdapat beberapa kesan lebam akibat didera di lengan, belakang dan dubur kanak-kanak itu. Ibu dan teman lelakinya ditahan polis bagi membantu siasatan.


Johor Bahru, 11 Januari 2011
Seorang kanak-kanak perempuan, Nordiana Qistina Nurafizan, 3, meninggal dunia di Hospital Sultan Ismail selepas didera oleh bapa dan ibu tirinya dengan 73 kesan lebam dan luka pada seluruh badannya.


Melaka, 1 Mac 2011
Seorang suri rumah, Norlaili Mahat, 39, dijatuhkan hukuman tiga tahun penjara dan denda RM4,000 setelah didapati bersalah mendera anak tirinya, Mohammad Syukri Faiz Mohd. Hasan, 9, sehingga menyebabkan kecederaan fizikal di seluruh badan kanak-kanak tersebut.


Hubungan antara keluarga tiri dalam Islam

Layanan anak tiri kepada bapa atau ibu tiri adalah sama.

Hubungan mereka adalah mahram sepanjang hayat.

Tidak batal wuduk jika anak tiri yang sudah baligh bersentuhan dengan ibu atau bapa tiri.

Dari segi pewarisan harta, anak tiri tidak layak mendapat harta ibu atau bapa tiri.


Tip merapatkan hubungan dengan keluarga tiri

Sentiasa mengambil posisi sebagai teman atau kawan kepada anak-anak tiri.

Belajar menerima anak-anak tiri sebagai anak kandung, jika perlu dekati mereka sebelum berkahwin supaya dapat mengenali personaliti mereka.

Sentiasa bersikap tenang dan terbuka, pergaduhan di depan anak-anak yang masih trauma kesan penceraian lalu mungkin akan memberi kesan yang lebih mendalam.

Belajar menyayangi mereka dari awal tempoh perkahwinan dan tidak sekali-kali membezakan antara anak tiri dan kandung.

Jangan meletakkan diri anda sebagai pesaing kepada anak-anak tiri untuk mendapatkan perhatian dan kasih sayang suami/isteri.

sumber: Kosmo!

No comments: