Pengikut dan Ex-smgrian
Saturday, April 23, 2011
Syirik jika percaya pada petua
Islam sangat menitikberatkan soal akidah dan syariat. Segala amalan dan kepercayaan yang tidak berdasarkan kepada sumber-sumber yang asal seperti al-Quran, hadis, ijmak dan qias ditolak oleh Islam.
Masyarakat kita diakui memang begitu banyak petua dan pantang larang dalam kehidupan. Namun ada juga petua dan pantang larang yang bercanggah dengan akidah. Sebagai contoh, meletakkan benda tajam seperti pisau dan gunting di bawah tilam dipercayai terhindar perkara-perkara buruk jelas bercanggah dengan syariat atau akidah.
Malah, sekiranya ia merupakan suatu kepercayaan yang boleh merosakkan akidah adalah haram. Sebenarnya bahaya atau nahas itu bukan ditentukan oleh manusia yang lemah. Allah lebih mengetahui bila dan apa jua yang akan berlaku kerana Dialah yang menyusun-atur kehidupan makhluk di dunia ini.
Firman Allah SWT:
Katakanlah (wahai Muhammad): "Tidak sekali-kali akan menimpa kami sesuatupun melainkan apa yang telah ditetapkan Allah bagi kami. Dialah Pelindung yang menyelamatkan kami, dan (dengan kepercayaan itu) maka kepada Allah jualah hendaknya orang-orang yang beriman bertawakkal". - Surah At-Taubah ayat 51
Sesungguhnya, setiap makhluk di dunia ini tidak memberi kesan kepada yang lain melainkan dengan izin Allah. Sesuatu amalan itu mestilah tidak bertentangan dengan dalil dan nas-nas daripada al-Quran dan hadis di samping kajian saintifik yang tidak bertentangan dengan hukum Allah.
Dicuplik daripada Soal Jawab Agama Bersama JAKIM yang disiarkan di dalam akhbar Kosmo!
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment