Maklumat yang diberikan ini hanyalah untuk makluman sahaja. Maklumat yang diberikan tidak sepatutnya digunakan untuk mengenal-pasti atau mengubati sebarang jenis penyakit. Sila rujuk kepada doktor atau ahli perubatan yang terlatih untuk tujuan mengenalpasti jenis penyakit dan rawatan yang bersesuaian.
Satu kajian baru-baru ini telah membuktikan bahawa bahan-bahan penyebab barah membentuk terlalu cepat setelah menghisap sebatang rokok. Ahli-ahli sains mendapati kesan-kesan hidrokarbon aromatik polikitar (polycyclic aromatic hydrocarbon atau PAH) kepada 12 orang subjek.
PAH merupakan sejenis bahan kimia yang mengakibatkan kanser. Dengan sedutan selama 15 ke 30 minit, PAH akan diubah oleh tubuh badan kepada sejenis bahan yang akan menjadi kanser dan merosakkan DNA seseorang. Ini menunjukkan bahawa proses pemusnahan dicetuskan hanya dengan satu sedutan. Ini juga adalah satu sebab kenapa para perokok perlu berhenti merokok dan kepada bukan perokok, jangan cuba-cuba untuk merokok.
Sumber di sini.
No comments:
Post a Comment